Perlu ke exam ni? exam, exam, exam.. wajib ke kene amik?
Penat laa baca buku stiap hari?
Asyik hadap bnda yang sama.. Last2 kita akan terlupa juga apa yg dibaca..
Nak amik angin sat, tapi takut membazir waktu lak..
Nak masak ke x nak ni? Diet laa.. hmm..
Ni lah persoalan-persoalan yg sering melanda jiwa tatkala demam exam menyerang.. tatkala exam dtg, pelbagai reaksi boleh kita lihat.. orang mula bersikap pentingkan diri sendiri.. orang mula bersikap tidak endah pada orang lain.. pada roomate sendiri... pada usrah2 lazim yang sering dijalankan setiap minggu.. pada famili yg dah lama tak dihubungi.. hak pada diri sendiri juga tidak dijaga.. hak badan untuk dibersihkan, untuk diberi makanan.. untuk berehat selepas penat berhempas pulas belajar..
EXAM MODE..
sering terpampar di skrin skype..
ada pelbagai jenis manusia yg mampu kita lihat.. semakin dekat dengan exam, ada yg semakin dekat dengan Allah.. berdoa n sepenuhnya memberi pengharapan pada Allah.. tetapi, ada juga manusia yang tergesa dalam beribadat.. melewatkan sembahyang tatkala masuknya waktu solat.. lambat datang usrah.. sembahyang dengan cepat untuk mengejar masa..
jadi, kalian dalam golongan mana?