JIWA MUJAHID SENTIASA BERGELORA

JIWA MUJAHID SENTIASA BERGELORA..
NYAWAKU.. SETIAP NAFASKU.. TINDAKANKU..
ISLAM ADALAH SEGALANYA..

Thursday, June 2, 2011


Perlu ke exam ni? exam, exam, exam.. wajib ke kene amik? 

Penat laa baca buku stiap hari?

Asyik hadap bnda yang sama.. Last2 kita akan terlupa juga apa yg dibaca..

Nak amik angin sat, tapi takut membazir waktu lak..

Nak masak ke x nak ni? Diet laa.. hmm..

Ni lah persoalan-persoalan yg sering melanda jiwa tatkala demam exam menyerang.. tatkala exam dtg, pelbagai reaksi boleh kita lihat.. orang mula bersikap pentingkan diri sendiri.. orang mula bersikap tidak endah pada orang lain.. pada roomate sendiri... pada usrah2 lazim yang sering dijalankan setiap minggu.. pada famili yg dah lama tak dihubungi.. hak pada diri sendiri juga tidak dijaga.. hak badan untuk dibersihkan, untuk diberi makanan.. untuk berehat selepas penat berhempas pulas belajar.. 

EXAM MODE..

sering terpampar di skrin skype.. 

ada pelbagai jenis manusia yg mampu kita lihat.. semakin dekat dengan exam, ada yg semakin dekat dengan Allah.. berdoa n sepenuhnya memberi pengharapan pada Allah.. tetapi, ada juga manusia yang tergesa dalam beribadat.. melewatkan sembahyang tatkala masuknya waktu solat.. lambat datang usrah.. sembahyang dengan cepat untuk mengejar masa.. 

jadi, kalian dalam golongan mana?














Thursday, May 19, 2011

KEMATIAN

http://www.youtube.com/watch?v=xXc6vT-SHws&feature=player_embedded

Takutnya perasaan ini tatkala memikirkan betapa lemahnya hati ini..Sering terlari daripada landasan yg benar..

Ya Allah.. jika diriku ini terjatuh, pimpinlah daku kembali utk bangun.. Jangan tinggakkan aku walaupun sesaat.. Jangan engkau tidak menghiraukan aku walau seketika.. Aku tidak mampu terus kuat tanpaMu.. Aku tidak mampu, Ya Allah..

Aku tidak mampu, Ya Allah..

Sunday, May 15, 2011

Jazakillah Siti.. =)

salam sume


ape khabar sume org?..masih survive di tempat br?..dah nak blk summer kan?...i know that its has been very tough and hard for everybody to keep moving in a new dakwah dgn waqi dan environment yg totally berbeza dari yg pernah kita alami dulu...


Samaada kalian menceritakan atau tidak, sesungguhnya hati ini tahu kesusahan dan keperitan semua..Saya mendengarnye dari jauh atau dekat...Dan seringkali berfikir baikkah kalian di sana?..hope to be there for every moment, hard and easy..hope to hug everybody when seeing u guys with tears, walo mengalir atau hanya bertakung...Dan saya tahu semua kita merasai benda yg sama...


Dan dalam banyak masa juga seringkali mengenang moment2 dulu dan kerap menuturkan usrah sy dulu tak macam ni, usrah kami dulu camni2, kami dulu camni2..Dan merasai kerinduan yg kuat pada semua suasana2 itu..Tapi hakikatnya adek beradekku, yg bersama kita dulu adalah mereka2 ini, yg punya satu frequency, satu kefahaman, satu taaruf dan satu takaful akhirnya setelah mcam2 yg kita lalui...Hakikatnya orang2 yg menghuni usrah sy dulu adalah kalian2 ini, org2 hebat dari Allah..Bila sorang2 sekarang baru rasa tidaklah saya hebat melainkan bila mempunyai team yg hebat dan kuat seperti kalian..Tidaklah kefahaman sy berguna melainkan bila dilaksanakan oleh kalian..Dan itulah yg tidak ada sekarang, kita kehilangan KALIAN semua ini..Sebab itu usrah kita sekrg begini, dull, tidak membina dan terasa tidak difahami..Sbb itu lah kita begini sekrang, cepat penat dan serasa tidak ada jalan kluarnya..Kerana kita kehilangan org2 seperti kalian yg kerap mengerti keadaan masing2...


Adek beradekku, inilah yang kita nak bina..Akhwat sekuat kalian,mampu utk ape sahaja, sanggup menyediakan diri utk sebarang bebanan dan totally menazarkan dirinya utk Allah dan Rasul...Sungguh sy tidak mempunyai sahabat2 yg punyai Thumuhat sekuat kalian..Tapi inilah yang ingin dibina disini dan itulah yang akan kita buat kan?..moga2 anak2 dan cucu2 kita punya perasaan sekuat kita, sampaikan bila suatu hari nanti mereka bertemu, mereka punya satu frequency, satu tafahum dan satu thumuhat kerana kuatnya menyerap didikan2 kita..


Jangan mengalah dengan sistem kerana itulah yg ingin kita ubah, sistem itu ciptaan manusia mustahil jika akhirnya ia pulak yang mengawal kita..Jangan mengalah dengan orang kerana itulah yang ingin kita bina..Jangan mengalah dengan kefahaman kerana apa yang telah dilalui sebelum ini adalah tarbiyah yang mahal hingga kalian menjadi unik..Berjuanglah dengan penuh thumuhat utk kebaikan dakwah ini, tiadalah kehendak peribadi kita di dalamnya.. 


Barangkali kita bertanya, apakah yang sedang kita lalui sekrang ini?..sungguh tidak patut sy dan kalian diperlakukan sebegini, di suruh berbuat itu dan ini, di jadikan amirah itu dan ini..Apakah?..Bukankah kita adek?..perlu masa untuk setle down pon, perlu mase memahami waqi pon..Apekah yang sedang dilakukan oleh akak2 ini kepada kita?..SEdari KMB, kita tak pernah di belai, even mejejakkan kaki ke tempat baru juga adakah kita tidak berhak merasai belaian akak2?..Apakah?Even worst, akak2 itu pulak yang perlu kita manjakan, yang perlu kita belai, yang perlu kita lebih2 lapang dada..Mane hak kita sebagai adek?..Saya menyaksikan dan merasai perasaan kalian bila semua ini berlaku, apakah yang sedang dilakukan kepada kalian?..Subhanallah...Astaghfirullah...


Adek beradekku,Sungguh besar apa yang nak Allah hadiahkan kepada kita..Rasailah bahawa tarbiyah ini dari Allah bukan semata2 dari kakak2 kita..Bukankah Allah sedang memandang kita sekarang, kerana itu di berikan kita ujian2 ini..berat sungguh rasenye semua tanggungjawab2 ini, sampai tak tahu nak mula dari mane..kadang2 baru nak melangkah dah tersandung..Kadang2 gelap sangat xnampak mane jalan kluar..Ya Allah subhanallah, sy harap sangat Allah memandang kita..Ya Allah, tengoklah kami dan segala keperitan2 kami, kesusahan2 kami, kesakitan2 kami, keluka2an perasaan kami dan berikanlah kami balasan terbaik dari semua ini..Tidaklah lain yg kita harapkan melainkan Allah redha pada kita..


Adek beradekku, tajdidkan niat kita, halakan bidayah kita, dan teruslah pasakkan kaki disini..KIta tak pernah seorang kan?..Allah merasai perasaan kita kan?..Ingat x ayat pertukran kiblat tuh? Sampai satu tahap nabi dah malu nak mtk kat Allah, sampai ape yg nabi buat adalah menghadapkan muka ke langit je..Ape yg telah Allah aturkan inilah yang terbaik sekrang kan?kesusahan2 ni tanggungjawab2 ni, inilah tarbiyah terbaik kita..Asal kita bole terus bergerak, biarlah penat dari mati tidak bergerak..


Allah sedang cube melepaskan pergantungan2 kita pada benda lain, pada naqibah kita dulu, pada kawan2 kita yg best ni, pada environment yg membina, pada murabbi2 yg terror, pada adek2 yg berlambak, Allah sedang menghilangkan pergantungan ni dalam hati kita..Come kan?..DIA bagi kita semua ni supaya kita bergantung kat DIA je, yg bagi kita kekuatkan, idea, semangat dan org2 yg come mcm kalian ni..huhu


Sungguh, sya rindu kalian..Moga warkah ni mampu menyampaikan kerinduan sy..


Sayang dan peluk!


best regards,
siti fatimah sazali ,

jazakillah CT.. farah amat2 merindui mu.. Terima kasih Ya Allah krn mengurniakan seorang saudara seindah dan sebaik mu.. =)

Saturday, May 7, 2011

Dakwah kerana Islam =)

Dan apabila mereka diberi peringatan, mereka tidak mengindahkannya. (As-Saffat : 13)

Dan apabila mereka melihat satu tanda kebesaran Allah, mereka memperolok-olokkannya. (As-Saffat : 14)

Mereka tu merujuk pada siapa yer? Sebaik-baik hamba Allah tak akan sekali-kali menghiraukan peringatan yang diberikan.. Hamba Allah seharusnya sedar bahawa setiap detik, harta, nikmat, masa, keluarga, keseronokan ini semuanya adalah pinjaman Allah semata-mata.. Sekelip mata sahaja, mungkn Allah akan menarik nikmat-nikmat ini mengikut kehendakNya.. Pada saat itu, mungkin kita akan terhentak dengan perubahan yang dialami atau mungkin kita tak akan sedar bahawa nikmat Allah ini sudah tidak dimiliki..

Orang selau mengatakan dakwah itu hanya untuk golongan-golongan tua.. Time2 belajar ni adalah masa yg tidak sesuai untuk fikirkan pasal dakwah.. 

"Dakwah ni extream laa.. nnt orang ckp korang macam tabligh2 tu.." 

"Belajar rajin2 dulu.. Nak dakwah kene tunggu dah tua sikit.."

Rasulullah swt sampai menangis-nangis menyampaikan Islam.. Tidak pernah putus asa.. Sampai ke tahap ini, kesucian islam itu telah dapat kita rasai.. Kerana dakwah yang telah dilakukan oleh Rasulullah dahulu, para sahabat, orang-orang Mukmin, akhirnya kita dapat merasai nikmat Islam ini dengan keizinan Allah..

اذا مات ابن آدم اقطع عمله إلا من ثلاث...



Pahala dakwah ini bertali arus walaupun kita telah meninggal dunia 

Nak katakan yang effect dakwah itu akan terlihat dari saat kita kenal tarbiyyah hingglah kita meninggal dunia nanti

Teruskan mujahadah ea




Thursday, May 5, 2011

Perubahan Luar Biasa

"Kita selalu nak buat semua benda yang biasa2.. Kerja biasa2, usaha biasa, result exam biasa2, kejayaan biasa2, secara tidak langsung, jadi orang yang biasa-biasa.. Ketahuilah bahwa syurga itu tidak akan dimiliki oleh orang biasa2 dan hanya dimiliki oleh kalangan luar biasa.."



"Macam mana ea kak nak masuk syurga tu? Macam mana pula nak jadi orang yang luar biasa?"



MESTILAH DENGAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SEMPURNA..

MENJADI DAI'E YANG SENTIASA MELAUNGKAN KALIMAH ALLAH..

MENJADI PENYAMPAI WAHYU DAN PESANAN ALLAH..

BANTU MEMBAWA SINAR KEBENARAN ISLAM..


Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (hadis riawayat Muslim)


"Tapi kan kak, susah laa sy nak berubah jadi luar biasa 2.. sy try ckt-ckt leh? 
Hilang la kawan kalo jadi baik.. jatuh laa maruah sy sbg budak plng popular dan moden di tempat ni kalo saya berubah.. "


PERUBAHAN TU MEMANG SANGAT-SANGAT SUSAH.. TAPI, PERCAYALAH DENGAN JANJI ALLAH.. SYURGA MENANTI MU..


'Kaffah'.. Perkataan yang amat berat sebenarnya utk diterima.. Susah nak buat tapi ganjarannya sangat mahal.. Islam dan jahiliyah tak pernah bertembung.. Bagai pelajar engeneering dan pelajar perubatan.. Bagai minyak dan air.. Sebagai mukmin yang sejati, kena betul-betul decide membuat pilihan ke arah kebaikan..


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu.. (2:208)


Terus mujahadah ea..


Wednesday, May 4, 2011

Burung Helang Yang Lemah

"Salam adik2 sayangku.. Apa khabar semua? sihat? farah sihat kan? tapi tak tahu pula macam mn dlm hati.. ngee.. maaf sbb akak tak dapat tunaikan hak2 antunna"

-mesej yg dihantar oleh Kak Ct pd sy-

Macam2 bermain dalam kepala.. tentang tangungjawab, tanggungjawab, dan tanggungjawab.. Jika dibandingkan dgn rakan-rakan seperjuanganku di negara lain, mereka seolah-olah seperti burung helang yang tidak pernah keputusan tenaganya.. Yang sentiasa menghayunkan dan menerbangkan sayapnya mencari mangsa..

Seekor burung helang d Aberdeen, mengolak langkahnya menjadi ibu kepada anak2 nya yg baru dilahirkan.. memberi nasihat yg tidak putus-putus..

Dua ekor di Australia, terbang berbatu-batu jauhnya, menggunakan sepenuh tenaga untuk berjumpa anak-anak kesayangan mereka..

Seekor burung comel di India, terbang tegak walaupun burung itu masih baru dilahirkan.. Berhempas pulas memastikan anak-anaknya kuat seperti burung-burung yg lain..

Tapi, diri ini?

Seekor burung helang yang makin lemah, sakit, sayapnya yang makin patah... semakin mencuba untuk terbang, semakin dirasakan tidak mampu menegembangkan sayapnya lagi..

Ya Allah, berilah kekuatan kepada diri ini..

Kekuatan itu datangnya daripada Allah.. mohonlah pertolongan padanya..


"Wahai manusia! kamulah yg memerlukan Allah; dan Dialah Yang Mahakaya tidak memerlukan sesuatu.. Maha Terpuji" (35:15)


Terus mujahadah ea!